Monday 13 November 2017

My Saver bila breakout selama 3 bulan!

Product Review: HIMALAYA NOURISHING SKIN CREAM

Hai3..

Rajinnya buat produk review kan.  Selalunya aku ni jarang nak review produk.. but I think I must share this thing to all yang ada masalah breakout yang tiba-tiba datang tu.  Sebenarnya muka aku bukan jenis berjerawat ke berparut ke. Muka aku normal..tapi tu la banyak sangat pakai produk..haa hambik kauuu breakout jadinya. Cun2 aku habis study cun2 juga la breakout bagai datang.  Aku dapat tau produk ni pun dari blogger yang lain, mereka cakap sesuai.. Krim bagus jadi aku pun cuba la. Dalam masa dua minggu dahi yang berjerawat slowly mula menghilang. Syukurrr..sebelum pakai skin cream ni, banyak dah aku cuba beli banyak produk tapi semua x menjadi. Hampir giveup..Heran jugak kenapa muka macam ni kan sedangkan sebelum ni ok je. Mungkin masalah hormon dan pemakanan kot yang ganggu kannn.  


Apa yang aku nak share yang skin cream ni sangat2 best. Cream ni bertindak sebagai moisturizer, atau makeup base. Seriously bila pakai muka ada glowing sikit.. Dalam masa satu minggu pakai dah ada kesan tapi perubahan ketara nampak pada minggu kedua.. Sygnya x sempat simpan muka breakout teruk time tu.. Apa yang best pasal krim ni bau dia sangat2 best, cepat meresap and x oily pun.  Dah pakai botol ke dua dah..Serious best. Recommended untuk siapa2 yang nak kulit sihat bebas jerawat. Tapi krim ni xda la buat muka korang putih.. Dulu aku pikir nak putih je..x pikir pun pasal kulit muka sihat ke x. Haha. Sekarang ni baru sedar yang kulit sihat lagi penting sebenarnya.  Harga krim ni mampu milik 50ml dalam RM18.  Bagi aku agak mahal sikit la hehehe sebab baru habis belajar. dok umah je. Rating: 4.5/5
                                           
Okay itu sahaja review untuk kali ni.  Semoga bermanfaat untuk siapa yang nak try.  Ingat, lain orang lain kulit lain hasilnya.  Anyeongg! =)
                                                 Antara bahan yang ada dalam skin cream ni.
Orang selalu cakap ada paraben bahaya..tapi dengan kuantiti yang dibenarkan x jadi masalah sbnrnya